Tuesday, March 31, 2009

juga dari hujan,

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua laguku
Jangan ditangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkapmu
Curahkan cahaya

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Akulah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

Thursday, March 26, 2009

dia hujan-hujan,

yang meneduhkan aku dari basah dan keterikan.

Monday, March 23, 2009

duabelas malam yang jahanam

Ya, duabelas hari yang kejam. Duabelas malam yang jahanam. Tanggal tengah bulan itu semakin merapat sedang aku masih terperangkap dalam kitar kematian Elisabeth Kubler-Ross (1969). Seketika aku diguling dalam penafian, kemudian itu amarah tak tertahankan, kemudian itu terperuk memohon belas ehsan, dan yang terpaling sakit itu menampung kecewa yang bungkam mendukakan.

Aku tergaru-garu, perlahan-lahan mengengsot mendekati Ed. Dia sedang asyik memintal dawai, mahu dilentur dan dibentukkan menjadi aksara, terangnya. Dan kemudian itu mahu diikatkan pepatung dan dialirkan letrik. Entah untuk apa.

Aku terokai dewi itu sepuasnya dari birai mata hati. Aku lakarkan roman wajahnya atas kanvas fikiran. Pertama itu bulat mukanya, kedua itu garis simetri merentas dahi ke dagunya, kemudian itu surih buat horizon matanya, juga buat letak hidung dan bibirnya. Betapa sisi kiri kau egois, tapi sisi kananmu manja dan manis.

Aku pegang kepalanya kejap-kejap dalam angan. Aku kucup kedap-kedap dalam hati.

Satu. Dahi.
Dua. Mata kanan.
Tiga. Mata kiri.
Empat. Pipi kanan.
Lima. Pipi kiri.

Dan mungkin apabila dewi itu menggeleng-geleng mahu lepas, barangkali dia akan berkata, "Henti! Cukup satu kali!"

Ya, satu. Dahi.
Ya, satu. Mata kanan.
Ya, satu. Mata kiri.
Ya, satu. Pipi kanan.
Ya, satu. Pipi kiri.

Aku tutupkan mata. Aku ulangtayangkan rasa itu tiap satu per enam puluh minit. Aku perlahankan mosyennya... perlahan, perlahan, perlahan, dan akhirnya pegun. Aku tipukan minda separa sedar itu agar momen ini terbingkai sebagai realiti buat aku. Aku mahu manifestasi kasih sayang ini terbata bersama infrastuktur ingatan aku.

Selepas esok, aku harus maju ke fasa akhir kitar kematian itu.

Acceptance.

Friday, March 13, 2009

duabelas hari yang kejam

"Apa lho mungkin sadar klo hubungan lho ini bener-bener nggak sehat, nggak ada give-and-take, nggak ada keseimbangan, hanya satu pihak yang memberi terus terus dan satu pihak yang membutuhkan. Lho gilak, Art!"

Proximity without intimacy. Hilang akal.

Ya, aku tahu harapan itu bukan satu strategi.

Thursday, March 12, 2009

mencintai roti, tuna, dan tomato

"Kau boleh menyayangi aku seluruh jiwa dan raga kamu, tapi kau tak akan boleh melindungi aku saban waktu!"

Tolong dewi, berikan aku satu tahun lagi!

Aku yakin Ed belum bersedia. Mana mungkin dia bersedia sedang beberapa malam lalu dia masih tidur di pangkuan aku menenangkan berus cat dan kanvas aku yang bertelingkahan. Malah aku juga belum bersedia. Mana mungkin aku bersedia sedang takdir masih lagi membanting aku dengan hakikat bakal kehilangannya, merentasi dua perkahwinan dan berpuluh-puluh percintaan.

"Apa perlu aku pergi jauh darimu untuk membuktikan kesediaan aku?"

Dan hampa pujukrayu itu bersaksikan oleh, sepasang roti, secubit tuna, dan seulas tomato. Seluruh alam menangisinya.