Monday, July 30, 2007

pelangi

Apa kau buat ni Ed?
Kau buta? Aku sedang mengejar pelangi..
Gila? Untuk apa?
Aku mengejar cinta Eric di dalamnya…
Pelangi itu, walau indah, munculnya hanya sementara. Jangan kau kejar, kelak kau kecewa.
Tapi aku perlukan cinta itu untuk hidup!
Kau hidup 15 tahun tanpa cinta! Kau tak perlu cinta untuk hidup 15 tahun akan datang!
Aku tak perlukan cinta itu untuk aku, Art. Aku perlukan cinta itu untuk aku mencintai tuanku.
Pengabdian seorang hamba pada tuannya bukan dalam cintanya, tapi taatnya! Dan yakini aku, cinta kau tiada dalam pelangi itu.
Lantas di mana?
Cari anak kecil dalam diri. Dengan cinta yang dibawanya, kau akan jumpa bahagia yang kau cari...

Sunday, July 22, 2007

lelaki di mata ed

Tiga ciri. Main bola, main gitar, dan bersilat. Oleh kerana aku tidak ada satu pun ciri yang tersebut di atas, maka secara automatik aura cinta aku hanya sampai ke liang romanya sahaja, tak mampu menerobos masuk lantas memanah hatinya.

Ed mempunyai satu ego yang kuat. Walau hancur berkecai macam mana pun hatinya, walau basah lencun bahu aku menakung air matanya, pada saat rasionalnya datang, aku tak akan sempat menyeka air mata itu, tak sempat membujuk hati itu bila dia akan bangun dan lebih dulu mengucup ubun-ubun aku seraya melafazkan terima kasih. Inilah yang jadi lewat petang dua hari yang lepas. Kalau sebelum itu aku dayus, petang itu aku jatuh tarafku kepada separa lelaki!

Satu perkara yang kita semua... lelaki-lelaki melayu terakhir ini sangat suka mempergunakan Ed, adalah the Hidden Markov model dalam darah aquariusnya. Seperti mana Ed mengkelaskan alat kelakian lelaki kepada dua (bukan kecil atau besar, tapi tajam atau tumpul dan tolong jangan tanya aku kenapa), Ed juga melayarkan hubungannya dengan lelaki dalam dua peranan berbeza.

The Lover yang perlu dipeluk cium, dibelai, dimanja dan dirayu.. dan The Guardian yang diperlukan untuk memeluk cium, membelai, memanja dan merayu.. Dia akan beri ruang pada sang pencinta untuk meneroka semua hidden nodes dalam network cintanya, sekejap di awang-awangan, sekejap di bumi nyata, sebagai kawan, lawan, ibu, isteri...

Tak dapat aku bayangkan, lelahnya, penat jerihnya, duka laranya dalam mencari Eric dan cinta. Dari pengamatan aku, rasionalnya hanya akan datang hanya dan hanya jika jasad dan rohnya lemah, lantas dia desperately need a way out - for whichever route that is. Rasional itu adalah tunggak reasoning, pemangkin atau alasan untuk dia membuat keputusan.

Yang aku pasti, rasional itu datang dengan certain predetermined bias. Oleh itu, untuk survive, aku harus build up biasnya agar berat kepada aku!

Saturday, July 21, 2007

tergamak kau eric?

Petang tadi Ed datang. Lagaknya sober, tapi bila mulutnya tak lincah memperbodohkan aku dengan algoritma-algoritma Artificial Intelligence seperti yang selalu dibuatnya.. aku dapat meneka. Somehow bukan k-Nearest Neighbor atau Hill-Climbing atau Kalman filtering atau lancau-lancau lain yang cuba ditipunya pada aku.. tapi apa yang terbungkam dihatinya.

Aku malas nak bertanya banyak.. kerana kalau setakat betapa cinta dan rindunya pada Eric, aku baru saja muntah darah tengahari tadi. Cemburu aku, benci aku pada Eric, tahap agung! Tapi atas dasar cintaku yang tak berbelah bagi pada Ed, walau hanya bertepuk sebelah tangan.. aku setia di sisinya. Soalan mukadimahku satu, apa yang sanggup dia lakukan pada Eric agar menerimanya?

"Aku akan sujud dikakinya agar tidak meninggalkan aku!"

Jawapan Ed membuatkan aku terpempan. 15 tahun pencarian yang sia-sia, memang aku nampak kecewa pada garis-garis tua di matanya dan urat-urat hijau yang timbul di belakang tangannya. Tapi soalnya Ed, Eric ini bukan Eric yang kau tinggalkan dulu.. Eric ini Eric jelmaan! Yang kalau benar tulen sekalipun telah terpakai cintanya untuk seorang wanita lain.

Hell Ed, hidupnya sempurna dengan isteri dan cahayamata. Kau yang dah hampir buta dengan kenangan silam, pandangan kau berbalam-balam dengan sisa-sisa cinta dan carik-carik kasih.. Yet kau.. kau... kau sanggup sujud di kakinya minta tidak ditinggalkan? Kalau benar sekalipun kau tidak ditinggalkan, di mana agak-agak letaknya kau dalam riwayat hidupnya? Kekasih gelap? Perempuan simpanan?

Hati aku hancur untuk kesekian kalinya. Tapi bila aku tenung rona coklat matanya, tanpa kelim, sepet kecinaan.. aku kalah. Aku kalah pada cinta gabannya pada Eric. Kelak akan aku buktikan betapa gaban kuasa duanya cinta aku pada dia. Kasih aku biarkan dia melayan perasaan sambil dia mengira-ngira atas kertas. Begitu banyak angka, ratus, ribu, juta.. Oleh kerana aku pasti itu bukan nombor ekor, jadi aku malas bertanya. 5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit..

Akhirnya Ed bersuara. Katanya Eric meminta dia buat keputusan tentang hubungan mereka. Katanya lagi, Eric sedia menerimanya pada bila-bila masa, dalam dua keadaan. Pertamanya Ed harus datang sebagai suri kedua kerana Eric benar telah menyintai wanita yang datang selepas Ed itu. Keduanya Eric hanya akan datang apabila Ed lepas bebas dari perjanjiannya dengan tuan tanah. Tuan tanah? Argh tuan tanah yang membelinya dengan harga 20 ribu tu? Ini bukan masanya aku berteleku memikirkan soal tuan tanah Ed, mungkin pada hari lain.

Soalnya sekarang adalah Eric! Kalau benarpun itu pilihan yang kau beri, kenapa sekarang? Tergamak kau meletakkan pilihan pada saat hati Ed baru menguntumkan bunga cinta? Tergamak kau asak hati dan akal lemah wanita malang ni untuk menimbang sendiri soal hidup atau mati seketul daging dalam tubuhnya yang bernama hati? Tergamak kau biarkan harapan gilanya untuk memenangi cinta kau itu meratah hatinya mentah-mentah? Tak cukupkah dengan deritanya?

Ke mana kau Eric di saat kekasih kita memerlukan kau? Kenapa kau benarkan dia hidup kosong tanpa cinta.. hanya kerana pick gitar kapok kau yang dipulangnya? Kenapa kau tak pegang dia kuat-kuat hinggakan dia lepas dihanyut arus lain yang lebih deras? Hinggakan dia terjual? Masih engkau berkira dengan cinta kau yang entah sebesar hama?

Hatinya... hatinya Eric, biarpun kosong tanpa cinta kau, adalah satu-satunya kelongsong yang ada untuk menghubungkan dirinya sekarang dengan Ed yang kita kenal 15 tahun yang dulu. Seharusnya.. inilah masanya kau bela hatinya, kau pupuk cintanya, kau semaikan kasih, hingga bercambah, berdaun dan berbunga... kerana mati hanya datang sekali..

Friday, July 20, 2007

kembara jalanan

hidup ini aku umpamakan
satu jalan raya yang panjang
kadangkala lurus
berselekoh
banyak juga simpang-simpang
yang jalannya rata
berbukit
berturap
bertanah merah

bukan sekali aku sesat
jauh ke dalam simpang-simpang itu
ada kalanya sehari
sebulan
setahun
bertahun-tahun
sehingga kutemu jalan yang asal

hinggalah satu hari
jalan yang lurus dan berselekoh itu
membawa aku pada satu bulatan
yang memberi banyak pilihan
apa berpatah semula?
atau ke kiri?
ke kanan?
maju hadapan?

bulatan ini memberi masa
kerana aku boleh berpusing-pusing
sehari
sebulan
setahun
walau bertahun-tahun
hinggalah hatiku tetap
dan fikiranku waras membuat pilihan
ke mana arah perjalanan

lelah aku berlegar-legar
aku berhenti di tepi bulatan itu
memikirkan apa yang ada di dalam
hari lewat senja
bolehkah aku berteduh semalam?
entah mengapa
satu bulatan yang sangat asing
yang tak pernah aku jumpa sepanjang perjalanan
atau mungkin sedang aku cuba lupakan
begini rupanya
redup
selesa
umpama pernah aku berteduh di dalamnya

lama aku berlegar-legar
di sisi bulatan itu
namun tak kutemu jalan masuk
mungkin takdir aku tak mengizinkan
mungkin telapak kaki ini terlalu kotor
dengan debu
duri
lumpur
kembara jalanan
betapa aku mencari satu perhentian

kugagahi jua
kerana perjalanan kali ini amat berbeza
kerana aku bermula di sudut bulatan
yang mengizinkan aku ke mana sahaja
berpatah semula
ke kiri
ke kanan
ke hadapan
walau ke mana
untuk aku habiskan sisa perjalanan

agak tak tersia

april 2007

Thursday, July 12, 2007

ed, eric and 143

Kalaulah ada satu-satunya manusia yang boleh membuatkan Ed menangis kerana cinta, maka manusia itu adalah Eric. Tak pernah aku lihat Ed begitu rapuh hatinya hingga berdedai-dedai airmata tumpah. Rasa tak tertampung kasih dan kasihan aku melihat deritanya. Demi tuhan, aku tak pernah lihat Ed sebegini duka, kecuali pada hari kematian ayahanda tercinta.. dan hari kematian itu bukannya semalam atau sebulan lepas atau setahun lepas atau sepuluh tahun lepas.. Hari itu adalah 21 tahun yang lampau!

Betapa kuatnya jiwa kau Ed, menujah onak, menongkah arus. Akhirnya di bahu aku ini kau tersungkur dalam jiwa yang kacau.. lara yang melarat. Dan masih, aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu menongkat jiwa kau yang patah, tak mampu menyembuh luka kau yang parah.

Eric adalah cinta hatinya pada usia sunti yang baru mengenal dunia. Kalaulah aku tahu takdir akan mengkhianati kau dan Eric, nescaya akan aku seru takdir itu agar memanah aku. Simbol cinta mereka, 143-I love you. Keanak-anakan? Sungguhlah cinta pertama, pada usia belasan tahun, walau monyet sekalipun, adalah cinta yang paling tulus. Tanpa muslihat, tanpa seks, tanpa curang. Hanya dan hanya harapan yang indah-indah belaka.

Persoalannya di mana letaknya aku? Kan aku dah kata ini bukan blog aku, ini blog awek aku.. Jangan diukur dayus aku, ukurlah cinta aku. Aku hanya manusia biasa dengan cinta tanpa sempadan untuk Ed. Adalah sangat penting untuk aku mencari cinta dan bahagia untuknya walau cinta dan bahagia itu bukan bersumberkan aku. Bukan harus, sunat, hatta sunat mu'akkad sekalipun.. Wajib!

Kisah Ed bertemu semula cinta hatinya baru lagi. Kurang dua bulan. Aku sangat maklum perihal Ed hidup tanpa cinta sejak terputusnya kisah cinta Ed, Eric and 143 di tengah Kuantan some 15 years ago. Hidup Ed tanpa cinta.. total detachment of mind-soul-body. Her mind.. full of optimism, free-will, eccentricity, and wit. Her body.. ampun Ed aku terpaksa akur dengan fakta nasi lemak 20 sen tu, tapi persetan, itu bukan persoalannya. Her soul.. well her soul yang aku tak jumpa.

As much as dia hidup dengan penuh passion dan let's journey to conquer life tu, aku hanya nampak satu jiwa yang kosong.. yang mungkin dah lama mati...

Tuesday, July 10, 2007

november rain

When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same'
Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain
We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain
But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my headjust knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
Then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin' in the cold November rain
Do you need some time.. on your own
Do you need some time.. all alone
Everybody needs some time.. on their own
Don't you know you need some time.. all alone
I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you
Sometimes I need some time.. on my own
Sometimes I need some time.. all alone
Everybody needs some time.. on their own
Don't you know you need some time.. all alone
And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain
Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one

Monday, July 2, 2007

art and eddie

Aku panggil dia Ed, short for Eddie. And please, since aku seorang pejantan tangguh dan bukan gay, maksudnya Eddie pasti seorang wanita tulen walaupun namanya tiada kaitan dengan Edriana atau Edrina atau Edlina atau Edwina. Aku kenal Ed 31 tahun yang lampau (alamak akulah blogger tua!).. dan blog ini adalah sisipan perjalanan dalam aku mengenali dia untuk 31 tahun yang akan datang.

Ed selalu tanya aku, wujudkah cinta dan bahagia? Untuk aku yang mendambakan sesuci cintaku pada dia.. tentulah jawapan aku ya. Tentunya tak adil bagi aku untuk menidakkan cinta dan kebahagiaan pada satu-satu insan yang sungguh malang takdirnya. Tapi Ed, di mana boleh aku cari cinta yang memenuhi segenap ruang hati kau? Dan bagaimana boleh aku bina kebahagian yang menyelubungi setiap inci jasad kau?

Ed... untuk kau mencapai bahagia, carilah cinta. Mulakan dari teras hati kau yang paling dalam, yang kau dan hanya kau pernah selami sebegitu jauh. Dalam teras itu kau akan jumpa seorang anak kecil, yang begitu suci, penuh cinta, penuh harapan, biar dunia akhirnya menindasnya begitu kejam.

Cari anak kecil ini dalam diri. Dengan cinta yang dibawanya, kau akan jumpa bahagia yang kau cari.