Kalaulah ada satu-satunya manusia yang boleh membuatkan Ed menangis kerana cinta, maka manusia itu adalah Eric. Tak pernah aku lihat Ed begitu rapuh hatinya hingga berdedai-dedai airmata tumpah. Rasa tak tertampung kasih dan kasihan aku melihat deritanya. Demi tuhan, aku tak pernah lihat Ed sebegini duka, kecuali pada hari kematian ayahanda tercinta.. dan hari kematian itu bukannya semalam atau sebulan lepas atau setahun lepas atau sepuluh tahun lepas.. Hari itu adalah 21 tahun yang lampau!
Betapa kuatnya jiwa kau Ed, menujah onak, menongkah arus. Akhirnya di bahu aku ini kau tersungkur dalam jiwa yang kacau.. lara yang melarat. Dan masih, aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu menongkat jiwa kau yang patah, tak mampu menyembuh luka kau yang parah.
Eric adalah cinta hatinya pada usia sunti yang baru mengenal dunia. Kalaulah aku tahu takdir akan mengkhianati kau dan Eric, nescaya akan aku seru takdir itu agar memanah aku. Simbol cinta mereka, 143-I love you. Keanak-anakan? Sungguhlah cinta pertama, pada usia belasan tahun, walau monyet sekalipun, adalah cinta yang paling tulus. Tanpa muslihat, tanpa seks, tanpa curang. Hanya dan hanya harapan yang indah-indah belaka.
Persoalannya di mana letaknya aku? Kan aku dah kata ini bukan blog aku, ini blog awek aku.. Jangan diukur dayus aku, ukurlah cinta aku. Aku hanya manusia biasa dengan cinta tanpa sempadan untuk Ed. Adalah sangat penting untuk aku mencari cinta dan bahagia untuknya walau cinta dan bahagia itu bukan bersumberkan aku. Bukan harus, sunat, hatta sunat mu'akkad sekalipun.. Wajib!
Kisah Ed bertemu semula cinta hatinya baru lagi. Kurang dua bulan. Aku sangat maklum perihal Ed hidup tanpa cinta sejak terputusnya kisah cinta Ed, Eric and 143 di tengah Kuantan some 15 years ago. Hidup Ed tanpa cinta.. total detachment of mind-soul-body. Her mind.. full of optimism, free-will, eccentricity, and wit. Her body.. ampun Ed aku terpaksa akur dengan fakta nasi lemak 20 sen tu, tapi persetan, itu bukan persoalannya. Her soul.. well her soul yang aku tak jumpa.
As much as dia hidup dengan penuh passion dan let's journey to conquer life tu, aku hanya nampak satu jiwa yang kosong.. yang mungkin dah lama mati...
Thursday, July 12, 2007
ed, eric and 143
Posted by Artozy at 10:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment