Ed dan aku masih menyuap (malangnya bukan bersuap-suapan) nasi berlaukkan sup ekor bila belakang aku ditepuk Ngah. Ngah ini pangkat sepupu dengan Ed, walaupun sudah masuk golongan warga emas kerana bakal berpencen.
"Naik ikut Ngah keluar makan dengan kawan Ngah?"
Aku mencopong. Bagaimana boleh dia mengajak permata hati aku keluar makan sedang dia sedang makan dengan aku, walau aku bukan permata hatinya?
Ngah ini profesor di Fakulti Kejuruteraan universiti yang sama dengan Ed. Rambutnya putih beruban, sepanjang ketiak pula! Sungguh aku cemburu dengan rambut panjangnya yang terikat kemas tapi masih bertopikan songkok aji. Tak kira! Walau macam mana cool pun dia, bagaimana boleh dia merisik-risik cinta hati aku untuk orang lain, walau bukan untuk Eric saingan terdekat aku, walau bukan aku cinta hatinya?
"Hensem tak? Kaya tak?"
Kali aku aku mencopong lagi tapi pandanganku beralih pada Ed yang bertanya manja, ala-ala gadis pingitan sedang kemalu-maluan diurat anak teruna ketua kampung yang pandai main gitar, main bola dan bersilat. Ngah kemudiannya duduk di antara kami, sambil menggembar-gemburkan riwayat si polan itu, kemudiannya mengambil tangan Ed menelek garis hati di tapak tangannya pula, kemudian akhirnya kembali pada soalan yang sama.
"Tak naklah Ngah. Lebih senduk dari kuah!"
Aku tak mencopong lagi, malah membetulkan duduk meninggikan dada dalam kembang lubang hidungku. Hahaha lega.
Friday, January 4, 2008
kembali
Posted by Artozy at 7:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment