Ada satu bukit rumput di pedalaman Universiti Ed, yang mana pada puncak bukit ini tertanam sebatang pokok rendang yang agak tua usianya. Bukit ini pernah menjadi sejarah iklan Salem High Country yang ditayangkan di peti televisyen sewaktu aku di zaman anak-anak. Tiap kali Ed dan aku melewati jalan itu, dia akan katakan padaku,
"Art, aku teringin nak make love dalam telanjang bulat, waktu matahari naik segalah, di bawah pokok bukit sana!"
Dan tiap kali juga jawapanku pendek, esok!
Aku tak pernah jemu memikirkan contigency plan untuk mini dramanya itu. Katakuncinya adalah seks, siang, dan telanjang! Debar-debar takut kena tangkap sebab setting masanya hampir ke tengahari buta, juga debar-debar malu bertelanjang, al-maklumlah aku tidaklah sesasa mana.
Tadi juga dia bertanyakan soalan yang sama, sedang kami dalam perjalanan menuju ke Fakulti Perubatan. Bezanya kali ini aku tak mampu menjawab apa-apa. Hatiku penuh gelisah dan keluh kesah. Duka Ed membawa kami kembali berdiri di depan pintu doktor psikiatri fakulti itu. Ed cuba untuk senyum tapi kelat. Di tangan kirinya juga tergenggam ubat.
Antidepressant!
Monday, February 18, 2008
dukanya bukan dukaku
Posted by Artozy at 1:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment