Wednesday, March 12, 2008

esok dan aku

Dia suruh kita pegi mampus, dan ya, secara harfiahnya, pegi mampus!
- Opera Angkasa (Nazri MA, 2007)

Five Stages of death: Denial, anger, bargaining, depression, acceptance.
- On Death and Dying (Elisabeth Kubler-Ross, 1969)

Telahanku tepat. Kesepian itu tidak sekali membunuh Ed malah telah mengangkatnya ke satu perantaraan baru. Kesepian itu juga telah mengisikan jiwanya dengan makanan-makanan rohani yang aku sendiri kurang pasti sumbernya. Aku kira anti-depressant itu telah mengematukan parut luka selain mengebaskan hati.

Kedukaan ini adalah kifarah atas dosa-dosa aku yang banyak, sedang aku tak punya amal soleh untuk menebusnya.
- Menjalani kehidupan hampa, menghampiri mati (Ed, sekarang)

Esok.

Ya! Esok adalah harinya aku berteleku tentang tuan tanah. Mengapa esok bukan hari ini? Kerana hari ini Ed telah usai mempertahankan cintanya pada Eric!

2 comments:

Nizam Ahmad said...

ayat2nya bagus.. abjad2nya pun bagus. walau aku x fhm. barangkali x perlu fhm kan.

Artozy said...

urusan memahami manusia lain itu fardhu kifayah. asal kamu tak celaru seperti aku hahaha