Thursday, February 21, 2008

bukan aku yang stoned

Hoi! Aku sergah Ed. Dia tengah stoned.

Kata dulu azam tahun baru nak berkebaya, bertumit tinggi dan bersolek? Ini baju pinjam! Geloboh pulak, tudung pun komot! Kerongsang pun ala kadar... safety pin.

Apa? Safety pin? Gila stoned.

Dah beberapa minggu Ed mengadu hilang zippy di hatinya. Sememangnya dia nampak lelah, dia hidup merempat. Tumpang tidur rumah orang, tumpang pergi kerja naik kereta orang, tumpang kasih pun suami orang! Persediaan kuliahnya ibarat kais pagi makan pagi. Pun begitu, senggang masanya diisi dengan student yang silih berganti. Bukan studentnya sahaja, bahkan student orang lain. Bukan diskusi akademik sahaja, bahkan masalah cinta, keluarga, dan agama!

Hahaha! Ed dah stone-deaf, stone-blind dengan masalah dunia.

"Anatomi emosi itu adalah sebahagian daripada anatomi memori, maka keupayaan mendefinisikan perasaan datang daripada kebolehan mengimbau dan mengintepretasikan masa silam. Hanya di dalam state emosi yang tepat, (simpati atau empati, misalnya) dapat kita kumpulkan kekuatan rohani untuk membuat sebarang keputusan dan merasionalkan keputusan itu. Dengan ini, aku sedekahkan diri aku: jiwaku, fikiranku, keringatku buat semua makhluk-makhluk Tuhan asal mereka datang padaku dengan roh!"

Ha? Stoned... stoned...

2 comments:

andongsari said...

Art, cakap kat Ed kurangkan makan antidepressant tu. Tu pasal jadi stone. nanti lama lama jadik batu belah batu bertangkup..

Artozy said...

Kalau jadi pun, nanti aku pesan suruh berenti kejap tadahkan susu, agak2 sehelai dua daun ke..