Wednesday, June 18, 2008

bukan dalam mimpi

Aku dikejutkan dari mimpi basah.

Hati aku gembira bukan kepalang melihatkan Ed tercangkung di depanku. Lebih seminggu dia mendiamkan diri, panggilan aku tak berangkat, kunjungan aku hampa. Lewat ini menjejakinya adalah sesuatu yang mustahil, umpama mencari aku dalam dia. Tapi senja tadi, senyumnya berbalam-balam dalam kelam stor melukis aku.

"Untuk kau, adipati cinta buta!"

Hahaha. Berus Flat dan Filbert baru untuk oil painting aku!

Hahaha. Aku terlalu gembira sampai rasa ingin mencarut. Mungkin tadi aku melancap dalam mimpi.

Tuesday, June 17, 2008

yang kau tunggu dah tiba II

Kesinambungan daripada entri 9 Jun 2008.

Tiga hari sebelum itu hari Jumaat. Seperti rutin biasanya sejak 5 bulan yang lepas, Ed akan balik kampung. Seperti rutin biasa juga, aku membawanya berhimpit-himpit minum nescafe dan merokok ke kedai ah sow di kaki lima jalan Pudu. Hujan renyai-renyai dan Ed lebih banyak membaca buku cerita Intensity Dean Koontz itu dari bersembang dengan aku. Sembangnya juga kosong belaka, tiada lagi cerita soal hati, baik tentang Eric atau Zin, apatah lagi tentang aku.

Tersedar dari diam, Ed menghulurkan kunci (Baca: Flat 10). Alhamdulillah, rupa-rupanya rumah Universiti yang ditunggu-tunggunya sejak 5 bulan yang lepas itu juga, dapat akhirnya. Aku sedia maklum rumah itu dua bilik dan siap dapur, sofa, katil, almari, meja segala.

"Sesuailah untuk orang merempat macam aku."

Aku telan air liur. Pahit.

Lat dua hari kemudian aku singgah ke rumah barunya. Aku terbengkalai di sofa sementara menunggukan dia mencuci, membersih, mengemas. Mengerjakan rumah tinggal sejak 2 tahun lepas, dengan habuk tebal setengah inci, termasuk telur lipas dan tahi cicak. Pun begitu, dia ghairah mengusahakannya seorang, masih juga dalam diam yang panjang. Masih juga roman muka pegi-jahanamnya. Indifference* (kata hati aku).

Would utter indifference inspire inner peace?
Or a limitless capacity of evil?

Keputusan-tindakan-akibat. Seandainya taakulan dalam membuat keputusan itu tidak perlu, apabila tindakan tidak memberi bekas, maka akibat juga tidak penting. Secara harfiahnya, pegi jahanam!

indifference [in'difrens] kn ketidakacuhan; sikap tidak mengambil peduli; perihal acuh tak acuh; bena tak bena (DBP 1979).

Wednesday, June 11, 2008

tentang bukit dan pisang


Bukan! Bukan bukit Universiti, apatah lagi bukit yang sedang kamu fikirkan.

Bukit Langat itu akhirnya menjadi tempat lepak kesukaan kami: Ed, aku dan Zin. Kami akan bertenggek di pembahagi jalan sambil bersembang dan memaki hamun dalam Bahasa Inggeris (macam gampang), di celah-celah kumpulan mat-minah lendir yang sedang sedap berbasah-basahan dengan air liur dan air mazi. Ya, barangkali juga dengan air mani. Argh, betapa mengghairahkan.

Malam semalam kali kedua kami berpagi di sana. Zin hampir inzal menceritakan fakta-fakta makanan afrodisiak ampuh, khususnya pisang, kerana enzim bromelain yang kononnya boleh menaikkan dan memperbaiki libido lelaki. Kemudian Ed pula asyik dengan cerita-cerita pisang: pisang mas, pisang tanduk, pisang berangan, pisang ambun termasuklah menara condong pisa yang entah dari mana datang kaitannya. Sedang aku... bagaikan pucuk pisang didiang (Maksud: lemah sekali, tiada berdaya).

Bukan! Bukan kerana aku tidak mampu inzal akibat tidak subur atau tidak makan pisang. Tapi lagu ini, walau sedikit kaitnya dengan pisang, aku kira amat sesuai untuk aku perihalkan hati pada dinihari itu.

Yellow bird, up high in banana tree
Yellow bird, you sit all alone like me
Did your lady friend leave your nest again?
That is very sad, makes me feel so bad

I also had a pretty girl
She's not with me today
They're all de same, the pretty girls
Build them a nest, and they fly away


Fikiran aku menerawang sedang mataku meneroka tiap garis halus di wajah Ed dalam muka-pegi-jahanamnya. Dia permata hati yang aku cintai, tetapi hanya raganya di sisi, bukan hati.

Tuesday, June 10, 2008

benci bilang cinta

Sudah berulang kali aku percaya
Namun ternyata tak ada beda
Kau anggap mudah yang menurutku salah
Hingga aku menyangka
Diri ini bagaikan tak berarti di matamu

Bila kau malam gelap aku bintangmu
Ku terangi dirimu dengan cintaku
Agar kau bisa mencintai cinta
Dan menyayangi cinta
Setulus kau menyayangi dirimu kekasihku

Jangan benci bilang cinta
Jangan marah bilang sayang
Jangan mendustai hati
Bila engkau memang suka

Jangan kau merasa jauh
Bila kau dekat denganku
Jangan kau menganggap cinta
Mudah datang mudah pergi

Ed, labuhkan sauh kapal itu agar tertambat ke dermaga. Pastikan ikatnya kukuh, walau persinggahan itu hanya sementara.

Monday, June 9, 2008