Thursday, May 29, 2008

bukan untuk aku

Putusnya cinta kali kedua ini, melalui hari-hari dan malam-malam yang penuh makna, menutup pencarian bertahun-tahun lamanya. Tanpa sesaat, keringat, mahu setitis air mata sekali pun yang tersia.

Usah bersedih, ini adalah detik kepastian. Bahawa cinta ini tak akan mati, biar tumpah airmata darah, biar robek hati yang parah. Bahawa tetap aku letakkan cinta dan euphoria bahagia di sisi kau, walau kita tak bersama, walau kau tutup hatimu selama mana sekali pun.

Usah takut pada kepedihan, usah takut pada derita, kerana cinta aku akan pastikan, bahawa kau tak sekali-kali berasa kehilangan.

Wednesday, May 28, 2008

pandanglah aku

Remang senja mulai membias.

Ed merenung jauh menikmati senja tanpa mega. Merenung hakikat bahawa dia ketelanjuran menikmati 32 tahun hidupnya sendirian. Dia yang berterusan menyalahkan diri sendiri, betapa dia sering mengundurkan diri, memenjarakan hati, menyekat ruang, menidakkan kasih sayang. Di senja ini, dia mengeluh dengan wajah-wajah duka, cemburu, dan ragu... hinggakan dia melupakan roman-roman bahagia, tulus, dan harapan.

Pandanglah aku.

Gapailah harapan, hulurkan tanganmu, bukakan hatimu, bebaskan cinta yang terpenjara di dalamnya. Berikan peluang untuk kami-kami membahagiakan.

Dan kemudian, malam pun berlabuh.

Monday, May 26, 2008

bukan lampu jalan, tapi bulan



Di sana pungguk menanti,
Mengharap bulan membalas rindu di hati,
Di sini aku berdiri,
Menunggu penuh dengan kesabaran.

Aku merangkul mimpi-mimpi dunia naif, yang mana akulah antara jiwa yang menjadi korban masa silam, hampir aku putus asa pada cinta.

Cinta.

Aku tak betah lagi mempersoalkan tentang cinta. Lelah mendebatkan dukaku menyangga takdir. Tikaman aku hanya membelahkan angin ke dadanya, sedang luka berterusan berdarah dan takdir itu tidak terkesan untuk berubah.

Korban cinta. Aku atau dia?

"Menjadi korban itu adalah pilihan manusia sendiri. Pengorbanan dan penderitaan tidak tertakluk di tangan takdir, tetapi di tangan kamu!"

Mungkin.

Mungkin Ed tidak memilih penderitaan yang mengorbankan hatinya, jiwanya, raganya. Mungkin juga dia cuba bertahan, melawan... malah mungkin juga dia masih berpaut pada kepercayaan tentang kewujudan harapan, maruah, dan kebahagiaan masa depan.

Tapi... menjadi korban itu suatu godaan, kerana ia merupakan pembebasan daripada tanggungjawab dan perhatian. Ia adalah titik di mana ketakutan mengambil alih formasi kegagalan, dan kegagalan (demi cinta) itu tidak lagi memberi kesan rasa bersalah. Kerana kekecewaan itu tidak wujud, kerana kemarahan juga tidak wujud, hanya belas ehsan pada diri sendiri. Kononnya jiwa berteriak tanpa suara,

"Kasihanilah aku, cinta menindasku begitu kejam!"

Dan kemudian, tinggallah hati itu sendirian, tersudut dalam kelam. Mencari cahaya tidak lagi sesuatu keperluan, cukup sekadar diam. Apa lagi yang memberi makna, bukankah Ed hanya melihat dirinya sebagai korban cinta?

Kau yang bersembunyi di balik lara kekecewaan, sedang kunci kebahagiaan itu dalam genggamanmu. Kau yang melihat dirimu sebagai korban, sedang jiwa-jiwa selainnya kelemasan dalam pelukanmu.

Akan kukota janji kita,
Mendirikan Taj Mahal cinta,
Seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya...

Thursday, May 22, 2008

di situ aku

Art...
Art...
Art...

Aku mengengsot mendekati suara itu.

Apa kau datang, Ed?
Ke marilah segera wahai dewi cinta...
Takluklah hati ini, persiakanlah semahumu.
Aku masih memunggah harapan.

Begitu banyak cerita tentang keterlukaan, tentang pengkhianatan, tentang keraguan di tengah-tengah kita. Aku yang tiada keberanian, tiada keyakinan untuk aku bangunkan kembali kepercayaan.

Kata orang tua: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara.
Maksud: Sesuatu yang tersangat kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mendapatkannya.

Di situlah aku.

Tuesday, May 13, 2008

jangan menangis

Talk to me softly
There is something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Somethin is changin' inside you
And don't you know
Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight
Give me a whisper
And give me a sign
Give me a kiss before you
Tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinkin' of you
And the times we had... baby
And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight
And please remember that I never lied
And please remember
How I felt inside now honey
You gotta make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry
Tonight

Thursday, May 8, 2008

hanya aku



"Kau adipati yang lemah! Mudah saja mengalirkan air mata! Bukankah kau sedia tahu bahawa aku dewi cinta dunia? Aku dewi yang bermuka-muka, bersenangan menakluk cinta dan kemudian pantas saja mempersiakannya?"

Aku sedang mati dalam sunyi.

Wednesday, May 7, 2008

aku pencinta buta II

Lengkap sudah sunyi ini mengasak sendiriku hinggakan aku terbengkalai dalam keluh kesah, resah gelisah, dan lara kesakitan.

Sunyi ini menemani aku menyusuri jalan lengang yang bersimbahkan palit-palit warna kenangan. Hanya dan hanya lakaran wajahmu, menyusup, menyelinap... mencari ruang di celahan nurani yang hampir mati dikunyah pengharapan tak berkesudahan.

Ed, akulah pencinta buta yang semakin terbata dalam kata-kata!

Tuesday, May 6, 2008

aku pencinta buta I

Kesunyian datang bertimpa-timpa, menemukan belikatku, meremukkan rusukku, dan bergenanganlah kasih sayang yang mendasari hati.

Ed, akulah pencinta buta yang sedang menderita luar biasa!