Tuesday, July 29, 2008

rasa aku, pada cinta

Ed, ke mari kau. Labuhkan kepalamu dipangku aku. Akan kuceritakan rasa aku pada cinta.

Aku rasa cinta itu adalah suatu zat yang hidup. Zat tanpa jisim ini membesar saban saat, setiap hati hinggalah suatu ketika, kita tersedar bahawa cinta itu telah membesar keterlaluan, obes, sehinggakan tiada ruang untuk kita menikmati sepi sendirian.

Yang demikian, oleh kerana setelah kelahirannya cinta itu membesar, menjadi remaja, belia, dan dewasa, maka matinya cinta itu pastilah memakan masa juga. Kita tidak bangkit dari tidur dan membuat keputusan untuk berhenti mencintai.

Lantas, kalau cinta itu mengambil masa untuk mati, mengapa harus kita berhenti mencintai, bukankah kekecewaan yang terkesan itu menjahanamkan rohani dan jasmani seberapa lama juga? Mengapa wujudkan duka andai boleh kita gantikan dengan ingatan bahagia?

"Aku tak rasa wujudnya cinta. Hanya ketertarikan. Oleh itu, apabila daya tarikan pada seseorang itu mati, maka hubungan itu bakal mati juga."

Kau yang meletakkan harga cinta pada ketertarikan, bukan kebahagiaan. Maka itu, kau juga sebenarnya tak pernah jatuh cinta.

5 comments:

azlishukri said...

Aku belum menemui cinta sejati..di mana gadis kucari? Cintaku, Cintamu untuk Tuhan!

azlishukri said...

saya link blog saudara..

Artozy said...

azli,

barangkali cinta itu datang bukan dalam bentuk sang gadis, kerana walau aku telah berjumpa tapi masih kecewa.

ha ha! kita dengan kisah cinta kita.

azlishukri said...

Betul tu artozy..aku masih kecewa...

Nafastari said...

Cinta itu barangkali kompleks dan sukar difahami. Kadang-kadang bila sudah jatuh dan berdarah, tetapi cuma sedar apabila melihat darah yang telah mengalir.