Wednesday, August 13, 2008

mabok kepayang

Malam itu kutelusuri
Raudhah tak bertepi
Kelanaku terhenti di pintumu
Gerbang penuh kerahsiaan

Kuselongkari bayang-bayangmu
Firasat yang terhijab
Takdapat kutafsir jisim itu
Lucutkan rupamu, lurutkan sifatmu
Lekas hampiri aku

Mabok kepayang
Nafsu mengerang
Kupanjat tangga langit
Tapi jatuh
Tersangkak bumi

Mabok kepayang
Roh menerjang
Zat jasmani menjerit
Aku mengengsot
Mendekati

Lepaskan aku
Aku ingin segera mendakapmu
Aku ingin lena dipangkumu
Wangian colok gaharu
Tidak mengekang inderaku
Dari menghidu wujudmu

Malam semakin gelita
Kala bayangmu lenyap
Bulan pun gerhana
Rohani jasmaniku,
Akal nafsuku,
Sujud bertemu aku!

5 comments:

dewangga sakti said...

Tuan Artozy,
sungguh menarik puisi ini.

Zul

Artozy said...

Zul & Dewangga Sakti,

Lagu Mabok Kepayang kamu memang memabukkan. Hinggakan hati berkata-kata tiap kali lagu ini menjadi halwa telinga.

Tahniah!

Ahmad WM Omar said...

Art, ini sangat puitis.
Terusik.

denanz said...

aku kagum dgn cara penulisan puisimu. bait yang pendek namun bermakna. pilihan perkataanmu memang indah. syabas artozy!

Artozy said...

ahmad & nan,

aku harap kalian ada akses pada lagu Mabok Kepayang Dewangga Sakti kerana aku yakin kau akan rasa apa yang aku rasa.