Friday, September 26, 2008

mengharap rahmatnya

Semalam kami kemalangan. Menyelit-nyelit di celah trafik Jalan TAR, dalam sesak tengahari buta sambil memboncengkan Ed sememangnya sesuatu yang amat mencabar. Dia bukan pembonceng yang mesra penunggang, yang memahami mengapa si pembonceng harus selalu mengikuti irama tubuh si penunggang agar motor tetap stabil, keseimbangan terjaga, dan tidak mengganggu konsentrasi berkendara.

Walau dalam tempang terhincut-hincut dan basah mulutnya mencarut, aku tetap akan bawa Ed pulang ke kampung dengan motor posmen Honda Wave warna kuning itu. Kali terakhir pulang beraya bersama berboncengan adalah 8 tahun lepas!

Maafkan aku dewi, aku hanya punya cinta, bukan harta.

Bukankah Ramadhan mengingatkan kita kepada kesusahan, mengajar kita erti kesabaran dan matlamatnya menjadi insan bertaqwa? Selamat menyambut malam-malam terakhir Ramadhan dengan zikir munajat dan solat. Kala terbitnya fajar yang memancar di ufuk Timur memeluk Syawal, selamatlah juga menyambut rahmat Aidilfitri. Maaf untuk segala gurau senda terlampau yang menyinggung dan menyentuh perasaan.

Maafkan aku semua, aku hanya punya cinta, bukan harta, dan yang terlebih banyak itu hanyalah dosa.

6 comments:

an-nidxam said...

SELAMAT HARI RAYA UTK KO JUGAK :)

ermm.. seperti biasa.. ayat lenggok bahasa ko tetap menyentuh rasa :)

Ahmad WM Omar said...

Eid mubaarak.
Salam maaf zahir & batin.
Semoga berbahagia di idulfitri ini.

denanz said...

art,
aku minta maaf jika ada salah silap. selamat hari raya.

ibrahim_n said...

salam perkenalan.....
selamat hari raya

sinaganaga said...

alamak. kasihan kau.

Artozy said...

selamat semua, alhamdulilah aku juga selamat return trip ke selatan naik honda wave.

5 jam woo!