Thursday, September 18, 2008

sedang dalam kegeringan

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini

Aku bermusafir ke selatan menjejak Ed. Bondanya mengkhabarkan geringnya, semenjak dia pulang dari satu konferensi di pantai timur dua bulan yang lepas. Terbaru, urinnya berdarah, buku lali dan kakinya mula membengkak. Betapa rusuhnya hati, bila di cuping telingaku terngiang-ngiang kata-kata yang terbit dalam tawanya,

"Art, hanya satu daripada bahagian tubuh ini akan berpaling tadah padaku. Bahagian itu adalah ginjal, membalas dendam atas penganiayaanku padanya!"

Usah gusar dewi, aku mencumbui hati sendiri. Bukankah buah pinggangku sepasang?

Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Sesalku membuak-buak kerana tidak peka pada perubahan fizikalnya. Sememangnya dia kerap memberitakan pening dan loya, serta ruam gatal-gatal yang tak berkesudahan. Sekerap itu juga dia mengadukan rasa pahit dan payau dalam mulut umpama mengulum besi. Fikiranku ligat mengimbau remaja dan dewasanya, dan terhenti pada kata-katanya, masih juga dalam tawa,

"Art, painkiller ini untuk tubuhku, antidepressant ini untuk emosiku, dan recreational drugs yang lain-lain ini untuk mentalku."

Escapism jahanam! Aku menekan pedal minyak, menambah halaju.

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku
Kan tahan sepanjang jalan ini

Tunjakan pedal minyakku tidak konsisten, sama seperti fikiranku yang tidak keruan. Seketika aku memandu perlahan, membulatkan tekadku untuk membisikkan cinta buatnya, dalam warkah tanpa tinta, dalam lukisan tanpa warna.

Seketika yang lain pula aku memandu laju. Aku amat merindukan rona mata coklatnya dan rambut separas bahu yang bersanggulkan bunga mawar plastik warna merah jambu, menggantikan bunga matahari setahun lepas.

Nantikan aku dewi, akan kupersembahkan cinta buatmu. Hanya buatmu!

Biar membisu burung bersiulan
Terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Aku bersungguh mengejarnya, sebagaimana sungguhnya dia mengejar Eric suatu ketika dulu dan sebagaimana sungguhnya Eric mengejar Eleanor selamanya itu.

"Art, yang akan memisahkan kita adalah kita. Tak mungkin selainnya."

5 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

artozy - diakui Dawama memang bermasalah dalam pemasaran, dah jenuh kitaorang tegur, majalah dewan boleh didapati di kedai2 dewan.

Ahmad WM Omar said...

Didoakan semoga cepatlah sembuh orang yang kegeringan itu

Artozy said...

li, kedai-kedai dewan? maka tak mungkin di kedai-kedai suratkhabar (bkn roti canai) mamak?

ahmad, terima kasih kerana mendoakan lebih-lebih lagi bulan ramadhan ni.

denanz said...

art, bagi alamat. nanti aku kirim DB. (emel: nanbinjamil@yahoo.com.my).
*kekadang di kedai maka suratkabar ada jual majalah dbp. tapi tak semua.

Artozy said...

nan, kira sedekah bulan ramadhan lah ni. alhamdulilah.