Monday, February 16, 2009

bodoh, bersyukurlah

"Tuhan tak beri apa yang kau minta, tapi apa yang kau perlu!"

Barangkali agaknya.

Aku mohon Ed menerima cinta aku seadanya. Dan benar dia terima aku seadanya. Seada-adanya kasih sayang dan cinta yang terbit dari hati aku. Maka bukan salahnya dia, andai dia juga menerima cinta-cinta yang selain aku. Mungkin seadanya yang lain-lain itu, mungkin juga berlebih-lebih kalau itu yang mereka mahu.

Aku juga mohon Ed membalas cinta aku selayaknya. Juga benar dia membalas selayaknya. Selayak-layaknya aku yang sentiasa mendampingi dirinya dari zaman anak-anak, meniti remaja dan memeluk dewasa. Maka bukan salahnya dia, andai dia membalas cinta aku dalam ruang dan kapasiti yang serupa. Kerana cinta-cinta yang lain itu pastinya lebih matang, lebih jantan dan lebih bangsawan.

Sial.

Ya, penderitaan jiwa aku memang dosa aku.

4 comments:

Lily Abdullah said...

"Tuhan tak beri apa yang kau minta, tapi apa yang kau perlu!"

Ya !Seharusnya aku juga perlu ingat ayat ini.

Tapi selalu-selalu juga aku terlupa.

Artozy said...

Maafkan diri kau bila terlupa ;)

andongsari said...

Jangan sampai kau minta terjadi tragedi "lori kicap ke utara" ..

Artozy said...

andong ah,

kau sering menggamit memori aku hahaha!