Thursday, March 12, 2009

mencintai roti, tuna, dan tomato

"Kau boleh menyayangi aku seluruh jiwa dan raga kamu, tapi kau tak akan boleh melindungi aku saban waktu!"

Tolong dewi, berikan aku satu tahun lagi!

Aku yakin Ed belum bersedia. Mana mungkin dia bersedia sedang beberapa malam lalu dia masih tidur di pangkuan aku menenangkan berus cat dan kanvas aku yang bertelingkahan. Malah aku juga belum bersedia. Mana mungkin aku bersedia sedang takdir masih lagi membanting aku dengan hakikat bakal kehilangannya, merentasi dua perkahwinan dan berpuluh-puluh percintaan.

"Apa perlu aku pergi jauh darimu untuk membuktikan kesediaan aku?"

Dan hampa pujukrayu itu bersaksikan oleh, sepasang roti, secubit tuna, dan seulas tomato. Seluruh alam menangisinya.

5 comments:

imm said...

aku mau buat balasan utk tiap entry kamu la kalau begini. jadi kamu tau aku cemburu.

Anonymous said...

En. Jauhari berselisih dengan En. Manikam.
Mereka macam kenal, tapi buat-buat tak kenal.
En. Jauhari jeling dengan anak mata.
En. Manikam juih dengan ekor mulut.
Masing-masing teruskan perjalanan.

En. Jauhari dan En. Manikam.
Dekat tapi jauh.

-EZ-
Darjah 1 Melur

Artozy said...

imm ;)

ez, ya dekat tapi jauh.
sial.

hegira said...

aku juga cinta roti, tuna dan tomato.

Artozy said...

hegira,

aku juga cinta kamu.

eh! bukan! roti, tuna dan tomato!

;)