Thursday, April 16, 2009

dengan

Dan pernah suatu hari, dikhabarkan kepada aku. Bahawa dewi itu ibarat air, yang boleh aku bentuk ujudnya agar mentaati bekas yang aku acukan. Lalu aku leratkan dia, kadang itu dalam kelopak mawar, kadang juga dalam pelepah umbut, dan tampuk manggis, dan cangkerang siput.

Tapi dewi itu tak pernah terkekang. Terus mengalir tak terbataskan bekas. Kemudian aku tanyakan,

Mengapa dewi, mengapa?
Mengapa tidak kau diam dalam bekas aku?
Apa tiriskah?
Apa hinakah?

Dan di suatu hari yang lainnya, diajarkan ilmu alam kepada aku. Bahawa air mengalir, rupanya menyusur dari teres tinggi kepada rata.

Maka fahamlah aku. Bahawa air itu, biar membentuk mengikut acuanmu, tetap akan menyurut dan pergi. Selama satah yang menampungnya itu, mendoyong miring kejadiannya.

3 comments:

~imm~ said...

hurm.. aku suka entri ini.

iya, cinta itu mcm air. walaupun kamu takung dengan cermat, tapi kamu abaikan, tidak lindungi dari terik mentari, ia akan kering dan akhirnya hilang tanpa kamu sedari.

*senyum*

Allah cipta kumbang, lalu disediakan sejuta bunga untuknya. Jadi kumbang itu cuma perlu mencari, bunga terbaik untuk dijadikan persinggahan abadi. Bunga lain memang menarik, namun belum tentu itu yang terbaik. (Entah kenapa lelaki diumpamakan dengan kumbang. Aku takut kumbang.)

Tapi kamu Art, tidak perlu jadi kumbang. Jadi saja sang pujangga, pasti ramai gadis akan terbuai hatinya dan memuja kamu, termasuk aku.

*geleng*

Terutamanya aku.

Anonymous said...

Dan
sepi
sesepi
sepinya...

-EZ-

Artozy said...

imm,

bagaimana boleh aku jadi pujangga tanpa dia yang aku puja.

ez,

dalam ruang yang maha sempit,
sepi itulah yang memenuhkannya.