Thursday, February 18, 2010

bagai betung seruas

Subuh ulangtahun kelahiran itulah yang terakhir aku bertemu dengannya. Rabu lepas Ed telefon, berkehendakkan berjumpa aku. Janji aku pagi Jumaat di stor melukis, aku mungkir seluruhnya. Malah panggilan telefonnya juga aku hampakan. Sepenuh sedar akan akibatnya pada dewi cinta hati.

Ah, Ed bukan seorang pendendam, pujuk hati aku. Ed terlalu bersangka baik, hingga sering lupa apa keterlukaan atau kehinaan yang terlempar kepadanya. Yang harus kuat itu kau dan aku, agar tidak terkesan dengan rusuh hati dan kedukaannya.

2 comments:

Nafastari said...

Aku sedang membaca.

Artozy said...

Salam buat Tuan, Embun dan Mawar. Semoga Tuhan melindungi Tuan anak-beranak.