Tuesday, November 2, 2010

rosak bawang ditimpa jambak

Aku sudah tidak lagi melukis. Barangkali ada hikmahnya meninggalkan kanvas, berus dan cat-cat kecintaan aku, kerana fikiran tidak lagi berterusan menerawang masa lantas membina angan-angan dari satu lapisan ke satu lapisan minda separuh sedar yang lain.

Setipis kulit bawang.

Kerana dulu dewi itu titik tumpu dan aku pantas menintakan soal hidup dalam abjad, andai tidak dalam palitan warna. Tapi kini dewi itu sudah tiada, lalu aku buntu ingin membicarakan soal apa.

Sial.

4 comments:

Anonymous said...

Bicara saja tentang diri sendiri, Tuan!

Anonymous said...

simpul kemas moga tak lupa ralat. bercakap saja pasal diri, itu lebih buat kita dekat pada persepsi.:)

sinaganaga said...

hah, ni tanda orang dah nak kawin. :)

Artozy said...

Tuan Zul, harus aku mulakan sekarang!

Hoish, Naga!