Thursday, August 18, 2011

buruk, buruk kayu gaharu

Hari ini aku berfikir-fikir. Entah apa yang aku hasadkan dua bulan lepas. Yang aku tahu sumbernya lagu yang menjuarai Akademi Fantasia itu.

Hari ini juga aku berfikir-fikir. Betapa aku rindu kamu, Ed.

Sungguh, aku rindu menjadi pendengar pada cakap-cakapmu. Tiap aku menjingkit mengimbangi beg-beg plastik yang wajib punya Murtabak Singapura kegemaran kita, tiap bersama ke pasar lambak di bulan puasa dulu.

Walau apa sekalipun cakap-cakap yang kau bawa. Kadang tentang dajal, tentang Imam Mahadi. Kadang tentang buruj dan bintang. Tentang apa saja bahkan dari permainan khayalanmu semata-mata. Aku kini hilang teman bercakap. Bukan sekali teman buat aku cermin bercakap, tapi untuk aku mendengar.

Dari gegelang Zuhal hingga ke purnama Musytari, dan demi selagi ada hayat ini, akan aku junjung kebahagiaanmu.

Semoga di Ramadhan ini Allah memeliharamu. Dan semoga Dia mencintaimu, kerana Dia telah menjadikan sebahagian daripada cintamu itu, biarpun saudara, kepada aku keranaNya.

2 comments:

Lin said...

dah update rupanya.

Alhamdulillah, jiwa aku dah pulih. hampir 3 bulan, akhirnya aku buat keputusan yg terbaik untuk diri aku, insya Allah.

selamat hari raya, Art. moga Syawal ni membahagiakan.

Artozy said...

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat kau juga, Lin. Semoga dalam lindungan Allah sentiasa.

Juga buat sahabat-sahabat yang lain.

Ya, kamu.