Thursday, July 19, 2012

bagaimana rupa begitu bayangnya

Pertama kali membaca naskhah Di Bawah Lindungan Kaabah, umur aku sepuluh tahun. Ya, masih anak. Ketika itu aku membayangkan aku mahu menjadi Hamid. Aku mahu petah berbicara, punya ilmu banyak tentang agama, punya cinta, percaya cinta.

Kemudian setelah aku tonton naskhah itu di layar perak, aku tahu aku tak mungkin menjadi Hamid itu. Tapi alangkah bertuah, andai dapat aku wariskan seorang Hamid buat penyambung amal di alam barzakh!



Mendengar tangis dalam deritamu
Merasa dusta di hari-harimu
Pada siapa air mata ini akan mengadu?

4 comments:

Anonymous said...

Art,

selamat berpuasa.

-Lin-

Artozy said...

Mengapa dingin yang aku rasa Lin? Semoga Ramadhan kali ini kau berdua dan bahagia.

Anonymous said...

Art,
Selamat Berpuasa. Sudah di pertengahan.

Aku rindu membaca tulisan kamu.

WL

Anonymous said...

Art,

masih sendiri. *ketawa*
aku rasa selamanya akan sendiri.

-Lin-