Tuesday, October 21, 2014

bersuluh matahari, bergelanggang di mata orang

Aku mencintai kau, pasti.
Hingga matahari tak terbit lagi.

Petang tadi aku kembali ke bukit Universiti, setelah seberapa lama aku ditipu masa bahawa aku tak memerlukan dia. Masa jugalah yang telah merawat lara ini, mendewasakan aku, dan merubahkan bentuk cinta.

Keluh.

Ed diam di rumah Bonda. Pertemuan lepas itulah sekali, kami berbalas bicara dalam sela enam bulan dia kembali ke kampung halaman. Hari-hari yang terkemudian itu Ed tak menghubungi aku lagi, bisu melepasi relung harapanku tiap ulangalik kerjanya antara Parit Keroma ke Parit Raja. Delapan puluh enam batu. Apakah Ed mahu mengusir aku?

Sakit.

Aku mencintai kau, masih.
Hingga bulan terbelah menyisih.

4 comments:

Hidajah Mochzeober said...

Art,
aku pernah menulis nota kecil untuk kau.

Ya untuk kau - pada status FB aku

Semoga kamu baik2 saja Art

Lily Abdullah.

ps : guna akaun asrama - my workplace :)

Artozy said...

Besar hati aku kerana kau ingatkan aku, kak. Berikan aku tarikh, aku akan cari, dan kemudian tanpa malu aku akan tag diri sendiri :)

Semoga Allah melindungi kau anak-beranak.

Ellie Mariana Abdullah said...

art,
Aku datang. Berziarah :)

Kak Lily

Hidajah Mochzeober said...

Art,

Apa Faceboook kau?

Selamat hari raya maaf zahir batin Art.

Kak Lily