Wednesday, April 22, 2020

tinggi kelepur rendah tikam

Sekian banyak yang aku ungkapkan, tidak satu pun dapat aku buktikan. Sekian banyak yang ingin aku buktikan, tidak sekali aku punya kekuatan. Sekian lama aku himpunkan kekuatan, tidak sekali pun kau di depan.

Tanpa kau di depan maka rebahlah kekuatan mendustakan bukti keluhuran kalimat-kalimat cinta yang bertahun aku simpan.

Salam Ramadhan 1441 Hijriah.
Aku. Pasrah.



Intro: B F#m

Bm
Dalam terang malam
E D
Ku cari semua yang telah padam
C#m E
Dari suaramu
A D
Dendam dan rindu fana

G C#m
Dan ku melayang
A#m D G#m
Terhempas kenyataan yang membunuhku
G F#
Dalam jiwaku
Bm
Yang memimpikan rindu

Bm
Namun ku tersadar
E D
Harkat pilu yang menyintai rejam
C#m E
Kaulah putri ayu
A D
Yang kan menyimpan dendam

G C#m
Dan ku berjalan
A#m D G#m
Menghampiri kenyamanannya kan ku hujam
G F#
Dalam dosaku
Bm
Aku telah mencarimu

Chorus:
G
Tak bisakah
D
Ku gantikan semua yang tercela
E
Akan ku renggut
F# D# B
Kebahagianmu

G
Wahai putriku
D
Maafkan ku lepas pesan ini
E
Kau kan memburuku
F# D#
Dalam bencimu mlykrd

F#m F# Bm F#m

Solo : Bm E D C#m E
A D G E
F#m Bm
G F#
Bm

Ulang Chorus

E A D G C#m E F#
E A D G E F#

Outro:

Bm A D G C#m F# B

Friday, July 28, 2017

air diminum serasa duri

Satu ratus dua puluh bulan. Rindu juga tak mampu aku matikan, inikan cinta yang lama terbata dalam jiwa. Janji aku untuk menyusur hidupnya 31 tahun akan datang kini berbaki 21 tahun lagi. Dua ratus lima puluh dua bulan, telah aku berhenti mendambakan cinta dalam sembunyi.

Tuesday, October 21, 2014

bersuluh matahari, bergelanggang di mata orang

Aku mencintai kau, pasti.
Hingga matahari tak terbit lagi.

Petang tadi aku kembali ke bukit Universiti, setelah seberapa lama aku ditipu masa bahawa aku tak memerlukan dia. Masa jugalah yang telah merawat lara ini, mendewasakan aku, dan merubahkan bentuk cinta.

Keluh.

Ed diam di rumah Bonda. Pertemuan lepas itulah sekali, kami berbalas bicara dalam sela enam bulan dia kembali ke kampung halaman. Hari-hari yang terkemudian itu Ed tak menghubungi aku lagi, bisu melepasi relung harapanku tiap ulangalik kerjanya antara Parit Keroma ke Parit Raja. Delapan puluh enam batu. Apakah Ed mahu mengusir aku?

Sakit.

Aku mencintai kau, masih.
Hingga bulan terbelah menyisih.

Monday, October 20, 2014

bagai kerakap tumbuh di batu

Tak pernah aku mengerti apa aku segila ini, yang hidup untukmu lantas mati tanpamu. Tak pernah juga aku sedari bahawa aku sebodoh ini.

Tetap, aku akan hidup untukmu biar mati tanpamu.



[intro] D G
 D A Bm G D

D
Begitu banyak hal
 G A
yang ku alami yang ku temui
D
Saat bersamamu
 G A
ku rasa senang ku rasa sedih

Bm A G
Air mata ini menyadarkanku
Bm A G
Kau takkan pernah jadi milikku

[int] D G A

Bm A G
Air mata ini menyadarkanku
Bm A G
Kau takkan pernah menjadi milikku

[chorus]
D A
Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Bm G
Aku hidup untukmu aku mati tanpamu
D A
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Bm G
Aku hidup untukmu aku mati tanpamu

[int] Em G A D
 G A D
 G A

Bm A G
Air mata ini menyadarkanku
Bm A G
Kau takkan pernah menjadi milikku

[chorus]
D A
Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Bm G
Aku hidup untukmu aku mati tanpamu
D A
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Bm G
Aku hidup untukmu aku mati tanpamu

[outro] D A Bm G 4x D

Thursday, August 28, 2014

hitam mata takkan bercerai putihnya

Warna-warna cerlang mula menyelinap, mencuri ruang atas kanvas yang belum aku curap.