Monday, July 30, 2007

pelangi

Apa kau buat ni Ed?
Kau buta? Aku sedang mengejar pelangi..
Gila? Untuk apa?
Aku mengejar cinta Eric di dalamnya…
Pelangi itu, walau indah, munculnya hanya sementara. Jangan kau kejar, kelak kau kecewa.
Tapi aku perlukan cinta itu untuk hidup!
Kau hidup 15 tahun tanpa cinta! Kau tak perlu cinta untuk hidup 15 tahun akan datang!
Aku tak perlukan cinta itu untuk aku, Art. Aku perlukan cinta itu untuk aku mencintai tuanku.
Pengabdian seorang hamba pada tuannya bukan dalam cintanya, tapi taatnya! Dan yakini aku, cinta kau tiada dalam pelangi itu.
Lantas di mana?
Cari anak kecil dalam diri. Dengan cinta yang dibawanya, kau akan jumpa bahagia yang kau cari...

1 comment:

denanz said...

hai,
salam kenal. mungkin masih ingat. malam maskara x. kita bersalam kenal ketika kau hendak pulang.
semoga akan ketemu bahagia.