Wednesday, November 28, 2007

percayalah

Adalah sangat payah memberi bekas pada Ed dan terlebih payah untuk memboloskan diri andai sekali Ed mengikat tali rakhi Raksha Bandhan, simbolik blood brothers and sisters kononnya. Antara yang terhukum adalah aku, Andong dan cinta hatinya Eric. Entah berapa hari lepas aku berserobok Andong mengkhabarkan gusarku perihal Ed. Reaksi pertamanya gampang,

"Ah, Ed memang gila dan tak guna!"

Aku tersedak air liur pahit dalam ketawa yang kubuat-buat. Andai separuh dari hidup Ed itu ada Eric, maka Andong terlebih sedikit bermaharajalela tiga suku dari hidupnya. Andong adalah sahabatnya yang terakrab, kalau kita semua boleh terima logik persahabatan yang hanya berhubungan paling tidak sekali setiap dua tahun, selama 25 tahun!

Ed juga hadir mengikutsertakan dirinya selepas berbulan-bulan tak menghadap Andong. Dan tetap, mukanya seposen tak bersalah, sangat percaya ikrabnya itu telah sedia maklum etikanya bersahabat. Prolog bualannya juga mengutip topik yang sama ditinggalkan bulan-bulan yang lepas. Tabik untuk Andong, kau layan Ed macam baru jumpa semalam juga!

Aku membentangkan kes Ed ke hadapan Andong, membuka semula fail-fail memori Ed, Eric and 143 yang dah berlapok. Penghakiman Andong mudah, masalahnya bukan Eric atau tuan tanah, tapi Ed!

"Uruskan hati pengecutmu! Pertamanya, berhenti lari meninggalkan gelap masalah. Keduanya, berhenti berlari mengejar terang harapan!"

Ed mendengar kami berpencak menasihatinya dengan lagak yang sungguh-sungguh. Sama bersungguh kami mengasah kepala hotaknya yang hanya melihat Eric dalam buta matanya pada dunia. Kami selongkarkan kesemuanya, bogel, telanjang! Di akhir cerita itu kami kaitkan Eleanor. Dengan penuh rendah diri, patik-patik pacal yang hina, aku dan Andong sebulatnya berpendapat Ed harus mengenepikan sementara Eleanor kerana dia tak akan mampu menangani banyak jiwa dalam satu masa. Sebagaimana aku tidak membenarkan Ed melukai hatinya, begitu juga aku tidak mengizinkan Ed menyakiti Eleanor kerana jiwanya, akalnya sedang beroperasi di luar sedar.

"Eleanor? Aku telah meletaknya pada taraf bondaku! Andai kalian tidak setuju, doakan saja mati, mereka atau aku! Namun untuk aku berpaling tidak sekali, tiada kompromi!"

Aku dan Andong saling berpandangan. Sungguh parah! Sedang dia hampir putus asa, dukanya, kecewanya, laranya membakar menjadi amarah yang tak tertahan!

5 comments:

Cik Anor said...

Tampung ed, tolak & berdiri belakang ed, biar dia dpt berdiri sgt tegak, tetap kan hati ed.Sayang dalam keliling makin punggah, parah dan marah. Mungkin Andong & Art betul. Cuba sungguh-sungguh.

andongsari said...

Ed tak perlu ditampung atau ditolak. Nampak lemah. Nampak goyah. . Tapi kalau ditelanjangkan, jiwanya segagah Gunung Santubong. Dia survivor beratus tsunami. Mungkin berparut tapi masih belum mati. Cuma gegarkan di dari lena yang terlalu panjang. Mike pon kata Ed kuat.

Artozy said...

Mike? Ah sudah... (sambil garu bontot)

Cik Anor said...

Ed kuat? hmmmm perlu di fikir kan lagik..buktikan kau kuat!!

andongsari said...

Woi! Apa main garuk bontot ni! Mana rukun tatanegara kau? Rukun tetangga? Kesopanan dan kesusilaan! Bukan sesuka silakan!

Cheh, bau tungkik!