Wednesday, May 28, 2008

pandanglah aku

Remang senja mulai membias.

Ed merenung jauh menikmati senja tanpa mega. Merenung hakikat bahawa dia ketelanjuran menikmati 32 tahun hidupnya sendirian. Dia yang berterusan menyalahkan diri sendiri, betapa dia sering mengundurkan diri, memenjarakan hati, menyekat ruang, menidakkan kasih sayang. Di senja ini, dia mengeluh dengan wajah-wajah duka, cemburu, dan ragu... hinggakan dia melupakan roman-roman bahagia, tulus, dan harapan.

Pandanglah aku.

Gapailah harapan, hulurkan tanganmu, bukakan hatimu, bebaskan cinta yang terpenjara di dalamnya. Berikan peluang untuk kami-kami membahagiakan.

Dan kemudian, malam pun berlabuh.

No comments: