Thursday, May 29, 2008

bukan untuk aku

Putusnya cinta kali kedua ini, melalui hari-hari dan malam-malam yang penuh makna, menutup pencarian bertahun-tahun lamanya. Tanpa sesaat, keringat, mahu setitis air mata sekali pun yang tersia.

Usah bersedih, ini adalah detik kepastian. Bahawa cinta ini tak akan mati, biar tumpah airmata darah, biar robek hati yang parah. Bahawa tetap aku letakkan cinta dan euphoria bahagia di sisi kau, walau kita tak bersama, walau kau tutup hatimu selama mana sekali pun.

Usah takut pada kepedihan, usah takut pada derita, kerana cinta aku akan pastikan, bahawa kau tak sekali-kali berasa kehilangan.

2 comments: