Wednesday, June 18, 2008

bukan dalam mimpi

Aku dikejutkan dari mimpi basah.

Hati aku gembira bukan kepalang melihatkan Ed tercangkung di depanku. Lebih seminggu dia mendiamkan diri, panggilan aku tak berangkat, kunjungan aku hampa. Lewat ini menjejakinya adalah sesuatu yang mustahil, umpama mencari aku dalam dia. Tapi senja tadi, senyumnya berbalam-balam dalam kelam stor melukis aku.

"Untuk kau, adipati cinta buta!"

Hahaha. Berus Flat dan Filbert baru untuk oil painting aku!

Hahaha. Aku terlalu gembira sampai rasa ingin mencarut. Mungkin tadi aku melancap dalam mimpi.

4 comments:

Ahmad WM Omar said...

Aku bagaikan terpana dengan pilihan kata-kata kamu yang sungguh hiperbola walaupun aku masih berpendapat ianya sangat puitis dan tentunya hebat!

Benarlah dengan sedikit keberanian itu yang membuatkan hidup kita berbeza dan lebih bermakna.

an-nidxam said...

urgh! pemilihan kata yang berani. masih berfikir2 tentang maksud kamu yang sebenar.

Zack said...

Mau make out tak?

Artozy said...

ahmad,
live free or die hard
(kata orang, barangkali agaknya)

nidxam,
aku bimbang lantai dan dinding bertelinga belaka hahaha.

zack,
ha ha gampang.

aku lelaki melayu terakhir yang masih punya maruah.