Tuesday, June 17, 2008

yang kau tunggu dah tiba II

Kesinambungan daripada entri 9 Jun 2008.

Tiga hari sebelum itu hari Jumaat. Seperti rutin biasanya sejak 5 bulan yang lepas, Ed akan balik kampung. Seperti rutin biasa juga, aku membawanya berhimpit-himpit minum nescafe dan merokok ke kedai ah sow di kaki lima jalan Pudu. Hujan renyai-renyai dan Ed lebih banyak membaca buku cerita Intensity Dean Koontz itu dari bersembang dengan aku. Sembangnya juga kosong belaka, tiada lagi cerita soal hati, baik tentang Eric atau Zin, apatah lagi tentang aku.

Tersedar dari diam, Ed menghulurkan kunci (Baca: Flat 10). Alhamdulillah, rupa-rupanya rumah Universiti yang ditunggu-tunggunya sejak 5 bulan yang lepas itu juga, dapat akhirnya. Aku sedia maklum rumah itu dua bilik dan siap dapur, sofa, katil, almari, meja segala.

"Sesuailah untuk orang merempat macam aku."

Aku telan air liur. Pahit.

Lat dua hari kemudian aku singgah ke rumah barunya. Aku terbengkalai di sofa sementara menunggukan dia mencuci, membersih, mengemas. Mengerjakan rumah tinggal sejak 2 tahun lepas, dengan habuk tebal setengah inci, termasuk telur lipas dan tahi cicak. Pun begitu, dia ghairah mengusahakannya seorang, masih juga dalam diam yang panjang. Masih juga roman muka pegi-jahanamnya. Indifference* (kata hati aku).

Would utter indifference inspire inner peace?
Or a limitless capacity of evil?

Keputusan-tindakan-akibat. Seandainya taakulan dalam membuat keputusan itu tidak perlu, apabila tindakan tidak memberi bekas, maka akibat juga tidak penting. Secara harfiahnya, pegi jahanam!

indifference [in'difrens] kn ketidakacuhan; sikap tidak mengambil peduli; perihal acuh tak acuh; bena tak bena (DBP 1979).

No comments: