Wednesday, June 11, 2008

tentang bukit dan pisang


Bukan! Bukan bukit Universiti, apatah lagi bukit yang sedang kamu fikirkan.

Bukit Langat itu akhirnya menjadi tempat lepak kesukaan kami: Ed, aku dan Zin. Kami akan bertenggek di pembahagi jalan sambil bersembang dan memaki hamun dalam Bahasa Inggeris (macam gampang), di celah-celah kumpulan mat-minah lendir yang sedang sedap berbasah-basahan dengan air liur dan air mazi. Ya, barangkali juga dengan air mani. Argh, betapa mengghairahkan.

Malam semalam kali kedua kami berpagi di sana. Zin hampir inzal menceritakan fakta-fakta makanan afrodisiak ampuh, khususnya pisang, kerana enzim bromelain yang kononnya boleh menaikkan dan memperbaiki libido lelaki. Kemudian Ed pula asyik dengan cerita-cerita pisang: pisang mas, pisang tanduk, pisang berangan, pisang ambun termasuklah menara condong pisa yang entah dari mana datang kaitannya. Sedang aku... bagaikan pucuk pisang didiang (Maksud: lemah sekali, tiada berdaya).

Bukan! Bukan kerana aku tidak mampu inzal akibat tidak subur atau tidak makan pisang. Tapi lagu ini, walau sedikit kaitnya dengan pisang, aku kira amat sesuai untuk aku perihalkan hati pada dinihari itu.

Yellow bird, up high in banana tree
Yellow bird, you sit all alone like me
Did your lady friend leave your nest again?
That is very sad, makes me feel so bad

I also had a pretty girl
She's not with me today
They're all de same, the pretty girls
Build them a nest, and they fly away


Fikiran aku menerawang sedang mataku meneroka tiap garis halus di wajah Ed dalam muka-pegi-jahanamnya. Dia permata hati yang aku cintai, tetapi hanya raganya di sisi, bukan hati.

No comments: