Tuesday, August 26, 2008

kecanduan

Aku keluar minum dengan Zin malam semalam. Bagaikan katak ditimpa kemarau, dia pantas mengadukan kemarau di hatinya. Tiada yang mengejutkan aku dalam keluh kesahnya tentang Ed. Darah Aquarius perempuan itu sering menuntut perubahan, sedangkan darah Taurus Zin berkerasan mengekangnya.

Status-quo tidak wujud dalam kamus hidupnya, bai! Bagaimana mungkin satu kapal dua nakhoda?

Kami keresahan. Saat ini aku metaforakan umpama bangkit dari mimpi. Kami ketelanjuran mendampinginya dengan sepasang mata rabun di bawah minda yang separa sedar. Saat ini juga aku rasakan sudah terlambat, untuk kami bina self-defense mechanism seumpamanya bagi menghadapi kebarangkalian kekecewaan.

Amarah kecewa
Meleleh dari rongga
Bergenanganlah hampa
Melemaskan jiwa

Kami juga sebenarnya kecanduan. Dilukakan itu benar menjadi suatu ketagihan kerana berada di sisi Ed sahaja itu sendiri melekakan. Hormon-hormon badan bergelandangan merembeskan endorfin, menerbitkan euphoria bahagia.

Logik ketagihan nikotin, misalnya, berdiri atas premis yang sama. Bahagia itu hanya terkesan sementara, sebelum graf endorfin menyusut. Setelah susut, maka jiwa rasa kosong dan ketagihan endorfin itu kembali memulakan kitarannya. Apa Ed itu seperti nikotin? Atau Ed sendiri adalah endorfin?

Ed memang kukenal dengan ending biasnya, tapi urusan penoktahan ini terlalu tergesa. Lebih kepada tidak adil sebenarnya, memandangkan Zin ini pesakit jantung!

"Kau tahu Ed sekarang adalah vegetarian dan non-smoker?"

Gampang Zin! Kau tahu kerana kau jugalah aku dipaksanya minum jus lobak dan daun saderi?

4 comments:

Anonymous said...

Berentilah kejar Ed tu, bunga bkn sekuntum brader ;) jgn mare

andongsari said...

ED? Vegan and non smoker? Serious kodok ker? Dah tobat ker? Kenapa? Takut isi badan di selaputi karbon dan kanser? Atau untuk display ajer...

azlishukri said...

cinta yang pertama hadir sukar untuk dilepaskan, setelah kecewa datang. salam ramadhan dan kemerdekaan.

Artozy said...

kerana bunga bukan sekuntum lah aku kejarkan bunga yang itu juga hahaha!

andong,
itu mesti ambil hati remi 'ja (sambil pujuk hati sendiri).

azli,
aku rasa kau yang terpaling faham.