Monday, August 25, 2008

warna-warna kamu dan aku

Mabok kepayangku memuntahkan radang. Dinding plywood stor melukis aku kopak kuterajang.

"Hidup ini terajunya adalah akal. Kesedaran tentang hakikat kewujudan itu sangat penting. Wujudnya cinta, misalnya, untuk apa, untuk siapa? Kemudian itu barulah kamu layak mempersoalkan tentang hakikat kepercayaan. Mempercayai cinta, misalnya, apakah perlu bukti? Seandainya perlu membidas ragu, maka harus diyakini dengan bukti sebagaimana asli?"

Aku tintakan kata-kata itu ke dada plywood dalam dua warna. Merah dan biru. Pada warna merah itu aku serukan keberanian dan ketegasan buat akal yang menimbangkan pasak keputusan. Kemudian itu, aku bisikkan pada warna biru akan kesungguhan dan komitmen buat hati yang mempercayai.

Sebagaimana hitam itu warna hakikat dan putih itu warna fitrah aku dan kamu, maka membuat keputusan juga harus bulat dan mempercayai pula harus tanpa ragu!



title : hidup ini terajunya adalah akal
size : 1.5'x4.5'
media : oil on plywood

9 comments:

denanz said...

kadang waktu, cinta perlukan bukti, demi mewujudkan hakikat kepercayaan.
menarik beb, warna keberanian dan kesungguhan yang kau tintakan di dada plywood itu. respect!

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

Nan, kami menunggu puisi darimu..hu.hu

andongsari said...

Aku suka self potrait of late Uncle Mustapha di teratak Bentayan.. Red long sleeve shirt and white long pants. His fav outfit..

Artozy said...

azli, aku sokong!

apalagi nan, titipkan puisi untuk ed. lagipun ini bukan blog kita, blog awek-awek kita hahaha.

Artozy said...

andong,

arwah pak mustapha. al-fatihah.

Anonymous said...

macam mana kau dapat idea untuk menulis dengan bahasa yang indah-indah ?
memang kau ni dilahirkan sebagai seorang yg seni kan? tapi aku macam dah lupa pasal kesenian kau tu .aku cuma ingat satu sajak kau bertajuk " Cikgu , Kau Umpama Biskut" tapi tak tau lah kau ingat lagi ke tak sajak ni .

"kawan kau"

Artozy said...

kawan aku,

(ya aku pasti kau kawan aku sebab kau tahu puisi hari guru itu tapi kawan, puisi itu sudah 15 tahun lamanya dan ini bermakna kau wajib menghubungi aku walau siapa pun kau untuk aku belanja nasi kosong dan air kosong).

Guru,
Kau umpama biskut,
Bukan biskut meri,
Bukan biskut kraker, tapi
Biskut yang mempunyai krim di tengah-tengahnya.

Guru,
Tahukah kamu,
Biskut itu umpama bla bla bla, dan
Krim itu umpama bla bla bla
Dan bla, bla
Bla, bla lagi,
Lebih lagi bla, bla, bla, dan Kemudian itu,
Endingnya ini.

Anonymous said...

bukannya aku sombong tak mahu nasi kosong dan air kosong sahaja , sekurang kurang nya bagi lah peluang aku makan dengan sedikit nikmat ,seperti nasi berlaukkan ayam masak kicap ke, telur goreng pun sodap.

aku adalah kawan kau dan kau adalah kawan aku.aku akan sentiasa menjadi kawan kau selama mana kau memerlukan aku menjadi kawan kau .


Kawan Kau

Artozy said...

ya kawan, aku perlukan kau hubungi aku untuk me'redeem' nasi kosong tambah kicap dan telur goreng kau tu.