Thursday, April 2, 2009

di

Dan suatu hari itu, Ed merajuk. Kerja rumah lukisannya yang aku siapkan digumal-gumal lantas dibaling ke kepala aku. Walau nakal, dia lengit diejek. Baran. Seharian aku mengejeknya kerana dilantik menjadi pengawas di sekolah agama kami.

Natijahnya, dia mencium pipi aku sedang aku menangkap ikan di baruh. Di depan kawan-kawan. Malunya rasa ditelanjangi, diarak, dan dialun-alun. Rasa aku berbaur, ekstatik tapi juga sedar dia sekadar menganiayakan aku saja.

Dia adalah seri dewi malam aku.

Yang tak pernah dapat kuingat paras rupanya, yang sentiasa berubah gerak lakunya, yang sering meninggalkan aku tertanya-tanya.

Seri dewi malam
Tabir gerbang alam
Dikau kawanku setia
Simpankanlah rahsia janjiku dan dia

3 comments:

Anonymous said...

kenangan terindah ni brader...

Anonymous said...

Lentur keningnya
pedang dari india
melengkung di pangkal
runcing di hujung

Anak matanya
guli dari mekah
bertukar warna
dari sudut yang berbeza

Lembut bibirnya
whisky dari Scotland
hangat, kering
tapi menyegarkan.

Mengira degup jantungnya ketika dia sedang tidur,
PRICELESS..

-EZ-

Artozy said...

ez,

apa kau sindirkan aku atau dia haha!