Wednesday, April 1, 2009

tengahnya

Ed itu di waktu anak-anaknya dulu hitam. Dan gemuk. Hitam kerana sering berpanas meredah paya belukar dan melecek selut di Tanjung Ketapang. Gemuk pula kerana bondanya amat suka menggaring lempeng dan merebus ubi.

Bondanya seorang balu, juga tukang jahit. Pakai aku pada masa-masa itu, walau kotor dan lusuh, tak pernah koyak. Butang baju aku juga sentiasa cukup, malah kelengkang seluar aku juga tak pernah sempat lompang seharian.

Bonda juga menjahit seluar tidur untuk kami, asal dari kain batik buat Ed, dan kain pelekat buat aku. Hinggalah sekarang. baju melayu teluk belanga aku sentiasa sedia menjelang hari raya. Kain entah jenis apa, entah warna apa. Bonda pilih mengikut seleranya.

Di kalangan saudara dan jiran-jiran kami, Edlah yang terpaling comot. Satu-satunya budak perempuan yang berpanau, di muka dan di lengan. Guraunya sejak kecil penuh muslihat, juga sangat ektrem. Tiap diejek kerana bersama aku bermain guli dan bukannya anak patung, dia memaki kembali,

"Hoi! Kalau bapak kau mati, kau ingat mak kau belikan kau anak patung?"

Ketawa.

Ah, Ed. Kau bagaikan bola getah, yang memantul bila dibalun kuat. Bukan seperti bola tanah liat yang menempel!

"Aku tak cantik, miskin pula. Kalau aku tak pandai, mahukah kau berkawan dengan aku?"

Lebih dua puluh tahun berlalu, tiada bedanya dia. Gigi depannya masih senget, urusan kewangannya jahanam, panau di badannya walau telah hilang, kini bergantikan selulit. Masih, aku menjunjungnya lebih dari seorang kawan.

Penuh cinta.
Dan taksub.

8 comments:

Lily Abdullah said...

Betapa bertuahnya Ed. Adakah dia tahu betapa bertuahnya dia?

Artozy said...

entah, lily.

mungkin ya, mungkin tidak kerana dia melihat dari sudut yang berbeza, bukan dari sudut kita-kita.

~imm~ said...

art,

ah.. aku sedikit kecewa dgn entri yang ini. bila dewi kamu cuba direndahkan dengan cara tipikal novel melayu, hitam gemuk berpanau dan segala yang buruk belaka, aku terasa seperti membaca kitar semula novel melayu tipikal kita.

aku lebih suka kalau dewi kamu terus digambarkan dengan kiasan indah, walaupun sebenarnya dia serupa dengan manusia biasa. kerana melihat sesuatu dari keindahannya, lebih menarik dari cuba menghodohkan dia begini.

art.. kekalkan memuja keindahan dewi kamu, sebab itu yang membuatkan aku cemburu. jangan turuti kebiasaan penulisan melayu, kerana itu akan buatkan aku jemu.

*senyum*

aku tak percaya dewi kamu begitu. haha~

Anonymous said...

Dan
hantu-hantu hitam itu
akan terus-terusan
merobekjahanamkan
pangkal jantung
tangkai belulang
nya
hingga
kiamat kecil itu.

Ya, kiamat kecil itu.

-EZ-

Artozy said...

ah, puteri,

aku sekadar mengimbau kenangan sebelum catatan ini aku tutup rasmi menjelang tarikh itu.

ez,

kiamat kecil itu.
pasti datang.

~imm~ said...

mau tutup?

oh ok, aku tggu ' ini bukan blog aku, ini blog dewi baru'. haha.

aku terganggu minggu ini. org lama menjelma tiba2. benci la. pelik ya. kenapa ada lelaki yang sangka kemunculan dia akan buat kita terpaku dan teringat kenangan lama?

aku tidak terpaku atau teringat. aku cuma meluat. haha. terus terasa mau berhenti blogging.

Artozy said...

"kenapa ada lelaki yang sangka kemunculan dia akan buat kita terpaku dan teringat kenangan lama?"

kenapa aku terasa ya?

ha ha! jangan berhenti menulis, puteri. kau masih boleh menulis di sini.

eh bukan,

di blog "ini bukan blog aku, ini blog awek aku (yang baru)" nanti.

;)

~imm~ said...

terpaku aku sebentar.

art, kalau dia memuja aku seperti kamu puja dewimu, tak mungkin dia hilang dari hati aku.

*senyum*

dia terlupa barangkali, aku seperti wanita lain juga, suka dipuja, sebab tu aku lupakan dia.