Thursday, March 4, 2010

bagai kelip-kelip terbang malam

"Kepastian apa yang kau cari dalam cinta?"

Dia yang sering memilih untuk melukakan hati sendiri. Dia yang memilih untuk berkorban tanpa henti. Dia yang memilih hanya untuk membahagiakan, serahsianya mengetahui bahawa kunci kebahagiaannya terletak dalam genggamannya yang satu lagi.

Ed,

Perjalanan yang turus lurus berkehendakkan kau maju ke depan. Kau bukan lagi di sisi bulatan, berlegar-legar menumpang teduh, maju dan mundur mengikut geraf emosi kau. Mengapa perlu kau buktikan pada dunia, bahawa pundak kau itu ampuh menanggung apa juga, yang terlisan di bibir atau yang hanya terkilas di hati.

5 comments:

Anonymous said...

Maksud: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan?

Anonymous said...

kamu dah lupakan aku? *sedih*

-hezlin-

Anonymous said...

Art,

aku rindu!

Artozy said...

imm,

yang melupakan itu kamu. yang dilupakan itu aku :)

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.