Wednesday, November 21, 2007

padanya

dia permata hati yang aku cintai
yang padanya aku lucutkan rupaku
yang padanya aku lurutkan sifatku
yang padanya aku persembahkan hanya dan hanya
hatiku yang terpaling asli
jiwaku yang terpaling dalam
tiada pura-pura
hanya cela dan parut luka

november 2007

5 comments:

andongsari said...

Gelodak ed mungkin bukan kerana tuan tanah, tapi ed yang dahagakan kasih insan dari spesies adam. Mungkin kerana kekasih hati tempat bermanjanya pergi mengadap Ilahi di saat usianya masih terlalu hijau untuk mengenal erti kehidupan. Jiwanya bergelandangan cuba mengisi ruang vakum yang ditinggalkan kekasih hati. Andong pesan: stop, look, vote and move on. Pertimbangkan. Andong rasa ed belum bersedia to let go akan kekasih hatinya. Arakian agak sensitif dengan setiap titis kasih yang dititiskan oleh eric dan kaum adam yang lain. Ed patut cuba asiaworks.

Artozy said...

Hoi Asiaworks! Adakah kau di kalangan spesis Adam? Jika ya, ayuhlah bersekongkol dengan aku untuk merampas Ed dari Eric!

andongsari said...

Ed bukan robot. Bukan patung untuk direbut dan dirampas. Dia ada kepala yang berisi otak tahap PhD. Bukan kepala penuh berisi mee rebus yang hanya menyumbangkan sendawa. Eric tak miliki Ed walau sekelumit pun. Ed yang letak label tuan tanah di dahi dan Eric di hati.

Hoi! Bangun dari tidur!! Ini betul betul kejadian!! Bukan dugaan!!

anor said...

Art kenapa kau kejar ed? Siapa kejar kau Art? Kuat sungguh hati kau Art

andongsari said...
This comment has been removed by a blog administrator.