Thursday, August 14, 2008

ed dan kari I

Ada dua perkara yang paling ditakuti Ed. Pertamanya itu memandu kereta manual. Keduanya itu masak kari. Lauk karinya tak pernah memenuhi cita rasa aku. Ada kalanya terlalu masam tapi yang selalunya,

Wei! Ni masak kari ke masak lemak?

"Bodoh! Bersyukurlah!"

Masa, keringat, dan kudrat yang diusahakan ke arah memasak kari itu juga bukan kepalang sungguhnya. Resepinya dari pelbagai sumber, bonda, akrab, termasuklah resepi belakang paket serbuk kari sendiri. Persepsinya terhadap lauk kari ini terlalu agung. Ed mengangkat kari lebih mulia daripada lauk ayam masak merah atau masak lemak cili padi, bahkan rendang daging rusa betina putih!

Cubaan-cubaannya juga terlalu kompleks. Kari dengan santan atau tanpa santan? Kalau dengan santan, maka santan kelapa parut atau pati santan kotak? Kalau tanpa santan itu, mungkin dicubanya dengan susu. Susu tepung, susu segar, atau susu rendah lemak? Ini tak termasuk pilihan antara asam jawa atau asam keping. Terlalu kompleks!

Tolong! Aku hanya mahu makan nasi lauk kari!

Malam semalam aku singgah hantar basikalnya yang patah tongkat. Telah pun aku betulkan. Ed menyapa riang bila daun pintu itu kukuak.

"Art, hari ni aku cuba masak kari lagi!"

Aku telan air liur. Bukan terliur tapi bimbang kalau-kalau malam ini aku bakal kelaparan!

8 comments:

S.YanaZ said...

Salam,
kempunan kari?
Ed org Utara ke...kalau ya, sepatutnya tangkas memasak kari.

:]

Nafastari said...

Aku cukup benci kari.. Terutama kari mamak. Aku sangat khayal makan nasi berlaukkan sayur air yg ada lada hitam..

Denanz ... said...

patut la kau sangat teruja melihat posting makan-makan blog aku tu. haha.

Artozy said...

yana,

ya Ed bukan orang utara.

ahmad,

kari mamak... no komen hahaha.

nan,
ya tepat sekali haha.

dugongsenyum said...

Aku pun suka kari, kari ayam, kari kambing. Tapi awek aku tak reti masak kari huhuhuhu Dia bukan pecinta kari, tapi sup.

Artozy said...

basri,

perempuan-perempuan zaman sekarang memang bukan pencinta kari lagi! kecewa!

andongsari said...

Woi Art!

Rephrase! Bukan pencinta kari yang hidup dgn hantu kari. Terpaksa jugak belajar masak kari. Meh aku bagi tiusyen masak kari.. Pengeras aku nak mee sipuuuutt...

Artozy said...

haha andong, mee siput tak jadi masalah tapi ed hanya terima hakikat kari remi je kot? sial!

yana, mee siput menandakan Ed orang selatan.